Pegawai KKM sound guru jangan susahkan ibu bapa, siap suruh ‘rawat’ pelajar sakit sendiri?

Pegawai KKM sound guru jangan susahkan ibu bapa, siap suruh ‘rawat’ pelajar sakit sendiri?

 

Tular satu video menunjukkan rakaman seorang wanita dipercayai pegawai KKM yang memberi ‘nasihat’ dan ‘tegura buat para guru.

Berhubung isu pelajar yang sakit di sekolah, pegawai berkenaan difahamkan telah mengeluarkan kenyataan buat para guru supaya berhenti menyusahkan ramai pihak…

“Ingat ibu bapa kat rumah tu goyang kaki ke? Pekerja2 kesihatan tak sakit jiwa ke?…”

Perkongsian @jabatannetizennegara di akaun Instagram telah meraih perhatian ramai yang mempersoalkan kenyataan dari seorang pegawai KKM berhubung isu ubat dan pelajar sakit di sekolah.

Kata wanita bertudung kuning itu, lebih baik jika para guru dapat menyediakan stok ubat-ubatan jika terdapat pelajar yang sakit dari ‘menyusahkan’ pihak ibu bapa dan pekerja kesihatan untuk menghantar kanak-kanak sakit ke hospital.

 

“Guru2 patut berubah, tak patut susahkan sesiapa dan tetapkan niat…”

Tambah wanita berkenaan, ‘kesusahan’ ini telah lama menapak dalam kalangan guru-guru yang disifatkan sengaja menelefon ibu bapa berhubung kes anak sakit semata-mata untuk mengganggu kerja mereka, dan meghabiskan duit ke arah surat sakit.

Sebelum mengakhiri video, wanita berkenaan juga berharap guru-guru dapat ‘berubah’ dan lebih ‘berdikari’ untuk mengendalikan kes pelajar sakit daripada asyik menyusahkan semua orang sekeliling.

 

Respons netizen, tak puas hati dengan kenyataan diberikan…

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempertikai kenyataan dari wanita ini malahan menyifatkan segala kata-katanya adalah sesuatu yang ‘melalut’ dari awal lagi.

Hal ini kerana, dalam pernytaaannya, ada menyebutkan untuk semua individu melakukan tugas masing-masing, namun menyeru pihak guru untuk merawat sendiri pelajar yang sakit.