PdPR: ‘Tegur guru tak ikut silibus, pantau guru mengajar’ – Pihak atasan didakwa cuma nak ‘up’ nama pada JPN, PPD sahaja
Memang inilah yang sepatutnya dilakukan. Gila apa nak ikut silibus? Apa dia ingat belajar online sama ke belajar mengadap cikgu dalam kelas?
Dah lebih setahun pandemik berlaku, pihak atasan masih gitu je. Hanya pentingkan data yang cantik serta kehadiran penuh? Apa dia ingat murid dan cikgu tu robot ke? Tak ada hati dan perasaan?
Yang sibuk pantau cikgu mengajar tu dah kenapa? Patutnya awak tu rangka dan laksanakan latihan serta kursus untuk cikgu kuasai teknologi, latih cara mengendalikan kelas online berimpak tinggi, teknik menyediakan slide berkualiti dan lain-lain.
Emosi pelajar, masalah guru, kekangan dari ibu bapa langsung tak peduli.
Shame on you!!
Assalamualaikum Akhi Fairuz. Terima kasih atas post mengenai guru, ibu bapa & anak² murid yang burnout. Saya seorang guru di sebuah sekolah di tengah bandar negeri ***.
Betapa pihak pentadbir, PPD begitu rigid dalam pengisian pelaporan PdPR. Dalam tempoh PKP tahun lepas, saya termasuk dalam golongan guru yang “kejar” murid tak siap tugasan.
Upload status penghantaran kerja secara berkala dalam group. Dengan harapan ibu bapa “terkesan & cakna” nama anak mereka tidak ditanda. Kejamnya saya.
Tahun ini, saya ambil keputusan untuk tidak menekan emosi ibu bapa dengan cara itu. Namun, pihak pentadbir terus menerus memaksa guru mengisi pelbagai data mengenai respon PdPR ; nama yang tidak ikuti PdPR dimuatnaik dalam group parents, terpampang nama penuh anak mereka di sana.
Guru² diminta “cari” anak² ini dan kenalpasti punca tidak ikuti PdPR disulami surat peringatan untuk ibu bapa.
Dalam pada itu, status² whatsapp ibu bapa sudah mula merisaukan & meresahkan guru². Ayat² “mahu bunuh diri” dan “mensialkan” hidup mula kami nampak akhir² ini. Allahuakbar. Duit untuk beli makanan pun tiada, lagikan nak menambah data internet untuk PdPR.
Kami kasihan pada ibu bapa ini. Kebanyakan sudah kehilangan kerja, kehabisan bekalan makanan. Yang mana dapat dibantu, kami bantu dengan food bank & wang tunai.
Sejak mula pkp kami buat foodbank untuk anak² ni, beli sendiri, hantar sampai ke rumah. Pun dimarah pentadbir, fokus pdpr katanya. Yang terima gambar anak terbaring lapar, kami. Gambar bekas beras yang kosong, kami.
Yang perlu duit, kami beri duit. Tak banyak, tapi boleh lah bantu beli keperluan. Ada guru beli susu anak kecil di shopee, pos ke rumah mereka.
Mereka miskin bandar. Ibu bapa kerja kedai makan. Semua terjejas. Kami sedang usaha pujuk ayah yang tertekan yang kata hidupnya sangat sial. Duit makan takde dan sbgainya. Kami serah pada kaunselor.
May Allah ease everyone. Everyone.
*******
😥😭
Sumber: Akhi Fairuz