Pawagam dibenarkan di kawasan PKPB, PKPP – Finas

Pawagam dibenarkan di kawasan PKPB, PKPP – Finas

Menurut FINAS, pengumuman tersebut dibuat merujuk kepada keputusan MKN yang dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang media PKP petang tadi.

Ini bermakna kesemua pawagam di Malaysia (kecuali di kawasan PKPD) kini sudah boleh memulakan operasi mereka selewat-lewatnya 5 Mac ini memandangkan baki 4 negeri yang masih melaksanakan PKP akan berakhir pada tarikh tersebut.

Aktiviti penggambaran turut dibenarkan

Selain operasi pawagam, aktiviti penggambaran turut dibenarkan di semua kawasan PKPB dan PKPP yang bagaimanapun tertakluk kepada semua garis panduan dan pematuhan SOP yang telah ketat oleh Majlis Keselamatan.

 

“Sehubungan itu, aktiviti penggambaran dan operasi pawagam di kawasan yang dikuatkuasakan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tertakuk kepada pematuhan semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh pihak Majlius keselamatan Negara (MKN) meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan,” kata kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah menguhubungi Unit Komunikasi Korporat FINAS di [email protected] atau hubungi mereka di talian 03-7968 2182.

Terdahulu sekitar penghujung Februarlu lalu Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) dan pengusaha-pengusaha pawagam memohon kepada kerajan agar membenarkan pawagam kembali dibuka.