“Patut lama tak datang jumpa” – Minta nak tatap gambar jenazah ibu, netizen sebak tengok air mata Abdullah gugur

“Patut lama tak datang jumpa” – Minta nak tatap gambar jenazah ibu, netizen sebak tengok air mata Abdullah gugur

 

Awal September lalu, kita digemparkan dengan satu berita yang menyayat hati di mana berlakunya kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat – Kuantan yang telah meragut nyawa 6 sekeluarga.

Satu-satunya mangsa yang terselamat, Abdullah Amir Ruddin iaitu anak daripada keluarga tersebut.

Pada 13 September lepas, Sinar Harian melaporkan bahawa, ibu saudaranya, Abdullah Amir Ruddin masih lagi merahsiakan perkara tersebut kepada Abdullah kerana keadaan anak saudaranya itu masih tidak stabil dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.

Abdullah dah tahu ibunya tiada

Dalam pada itu, doktor juga ada menjelaskan bahawa kemungkinan besar Abdullah tak ingat apa yang berlaku.

Namun setelah lebih daripada sebulan ianya berlalu, difahamkan Abdullah sudah pun mengetahui hal sebenar, perkara itu dikongsikan oleh ahli keluarganya sendiri menerusi TikTok baru-baru ini.

@rahilanoor85

Alhamdulillah🤲🏻🤲🏻🥹🥹 sampai masa Dollah yg jawab sendiri…padahal kami xpernah tanya pun🥰#fypシ #sayangAbdullah #keluargabahagia🤗 #mangsakemalangan6sekeluarga

♬ Asjal Ruwhi – Sholawat mania

Lebih menyedihkan lagi, Abdullah ada buat satu permintaan untuk melihat gambar jenazah ibunya.

Setelah ditunjukkan gambar oleh abangnya Abdurrahman, ahli keluarga lain dilihat tidak dapat menahan air mata sementara Abdullah atau lebih mesra disapa Dollah hanya ketawa.

Namun begitu, tidak disangkakan bahawa gelakkan Dollah itu adalah satu cara untuk dia menahan rasa perit kerana mata Dollah sudah mula berkaca sebelum melepaskan tangisannya.

@rahilanoor85

❤️❤️ Berkat doa kalian semua agar kami KUAT💪🏻💪🏻#fypシ #sayangAbdullah #keluargabahagia🤗 #perpisahantermanis

♬ Ya Nabi Salam Alaika – Ai

Ramai netizen turut menangis apabila melihat reaksi Dollah dan abangnya, masing-masing mendoakan kekuatan buat kedua-dua beradik ini.

Screenshot 2023 10 27 131355 Screenshot 2023 10 27 131418 Screenshot 2023 10 27 131452

Kemalangan ngeri yang berlaku jam 6.30 petang itu turut mengorbankan ibu mereka Noorahimah Noor Muhamad,  Amir Ruddin Ismail serta empat beradik mereka, Fatimatulzahrah, Seri Khadijah Aqilah, Rufaidatul Asyariyah dan Muhammad Assyakrawi.

Kemalangan berlaku ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Kluang menghantar Noorahimah yang mengajar di Sekolah Agama Kemedak dekat Segamat.