Pasukan Briged Jihad Al Aqsa, Fatah umum sertai ‘peperangan’ demi Palestin

Pasukan Briged Jihad Al Aqsa, Fatah umum sertai  ‘peperangan’ demi Palestin

Jurucakap Al Qassam, Abu Ubaidah:

“Wahai penduduk di Tebing Barat, nyalakan api yang marak dari kaki musuh-musuhmu.”

Pasukan Briged Jihad Al Aqsa mengumumkan mereka akan menyertai saudara-saudara yang lain dalam memerangi musuh. Briged ini terkenal dengan skil berperang di jalanan, lengkap bersenapang.

Menyahut seruan Abu Ubaidah, kumpulan pemuda awam Palestin mencampakkan bom molotov ke arah balai-balai polis Israel.

“Nyalakan api yang marak dari kaki musuh-musuhmu.”

Briged Jihad Al Aqsa, Fatah menyeru anggotanya untuk membinasakan dan menyasarkan setiap butir peluru musuh. Mereka juga menyeru sahabat sahabat dalam sayap pergerakan lain keluar dari rumah untuk angkat senjata demi Palestin. Fatah dan Hamas sebelum ini tidak sebulu.

Media Israel menggelar apa yang berlaku sekarang sebagai “The New Intifada but with greater force against Israel. We are doomed.”

Bendera Palestin dilaporkan dinaikkan di Tahrir Square, Mesir namun ianya telah dialih oleh pihak berkuasa sejurus selepas itu.

Pemimpin kanan Fatah, Jibril Rajoub berkata:

“Kami di Fatah akan menyertai peperangan melawan Israel demi pembangunan Palestin. Kami tidak mahu anak anak Fatah merasa gundah dan takut. Dan wahai musuh, jika kami berlawan, nantikan pejuang Lubnan dan Jordan di sempadan kalian!”

Kredit: @JatIkhwan