Rakyat Indonesia iri hati pasport Malaysia makin ‘berkuasa’

Rakyat Indonesia iri hati pasport Malaysia makin ‘berkuasa’
Pasport Malaysia kini semakin berkuasa dimana menurut ranking yang dikeluarkan baru-baru ini, pasport negara kita menduduki tangga ke-9, mengatasi beberapa negara maju.
Passport Index mengeluarkan ranking terbaru negara yang mempunyai pasport terkuat dimana Malaysia naik tiga anak tangga berbanding kedudukan sebelum ini.
Kedudukan terbaru ini nyata membuatkan ramai rakyat dari Indonesia yang cemburu dengan Malaysia kerana mempunyai pasport yang berkuasa sekaligus memudahkan perjalanan rakyatnya di luar negara.
“Saya iri hati dengan Malaysia. Nak pergi ke negara barat boleh, nak pergi ke negara Islam pun mudah. Betul-betul rakyat mendapat manfaat,” tulis seorang netizen negara seberang.
Sebagai perbandingan, pasport Indonesia jauh ketinggalan berbanding pasport Malaysia dimana pasport negara jiran berada di kedudukan ke-55.
Rakyat Malaysia bebas berkunjung ke 170 negara tanpa perlu memohon visa manakala rakyat Indonesia hanya boleh melawat 92 negara tanpa sebarang visa.
Selain iri hati mengenai kekuatan pasport, rakyat Indonesia juga cemburu dengan kemajuan yang berjaya dicapai oleh Malaysia baik dari segi ekonomi, pembangunan dan juga kemudahan untuk rakyat.
Baru-baru ini, ada yang mencadangkan syarikat petroleum utama Malaysia iaitu Petronas menggantikan Pertamina yang sedang dilanda kemelut mega rasuah ketika ini.
Menurut Tempo, difahamkan bahawa tujuh suspek terbabit termasuk pengarah Pertamina dan broker minyak yang menyebabkan kerugian negara mencapai Rp 193,7 trilion (RM53 bilion).
Kerugian ini merangkumi eksport minyak mentah yang sepatutnya untuk kegunaan domestik bernilai Rp 35 trilion, pembelian minyak mentah dan produk penapisan pada harga marked-up bernilai Rp 11.7 trilion dan kenaikan kos subsidi bahan api akibat import haram bernilai Rp 147 trilion.
Apa yang membuatkan rakyat Indo marah adalah apabila mereka ditipu hidup-hidup apabila produk penapisan Ron 90 (Pertalite) dibeli dan dicampur untuk dijual sebagai Ron 92 (Pertamax).
Komisi VI Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia secara terbuka mencadangkan agar Pertamina dibubarkan dan memberi laluan kepada syarikat minyak Malaysia, Petronas, untuk mengambil alih peranan menyediakan bahan api berkualiti dan murah untuk rakyat.
Cadangan ini timbul selepas aduan meluas daripada pengguna motosikal di Indonesia yang mendakwa bahawa bahan api jenis Pertamax yang dijual oleh Pertamina menyebabkan kenderaan mereka rosak.