Pasar Besar Ipoh ditutup esok
Operasi Pasar Besar Ipoh akan ditutup sementara esok bagi menjalankan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan.
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan memberitahu, penutupan tersebut adalah selama sehari sahaja bagi pelaksanaan kerja-kerja berkenaan.
“Penutupan tersebut adalah bagi menjalankan aktiviti pembersihan dan desinfeksi di kawasan pasar tersebut.
“Semua premis niaga di sini akan dibuka semula dan beroperasi seperti biasa pada hari Sabtu keesokannya,” ujar kenyataan tersebut.
Pasar Besar Ipoh yang terletak di Jalan Laksamana dekat pusat bandar di sini menempatkan kira-kira 824 peniaga.
Sumber: Kosmo