Pas salah guna bantuan kerajaan letak logo parti

Pas salah guna bantuan kerajaan letak logo parti

Pas dilihat menyalahgunakan bantuan kebajikan sumbangan Kerajaan Negeri Perak untuk kepentingan politik.

Ketua Penerangan Pas Perak, Hafez Sabri telah mengedarkan bantuan Kotak Makanan sumbangan Yayasan Perak kepada pengundi dengan meletakkan logo parti itu di kotak tersebut.

Di dalam kotak tersebut turut diletakkan risalah berlogo parti bersama muka beliau.

Gambar tersebut tular apabila penerima tidak senang dengan tindakan tersebut.

Ini kerana, ia jelas menyalahgunakan bantuan atas dasar kebajikan itu demi kepentingan politik.