PAS Perak sokong usul Umno

PAS Perak sokong usul Umno

Kenyataan media Dewan Pemuda PAS negeri Perak

USUL UNDI PERCAYA MB: TAHNIAH UMNO PERTAHAN MB PEJA KEKAL

3 Disember 2020 | 17 Rabiul Akhir 1442

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyatakan pendirian menyokong usul undi percaya yang telah dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengkalan Baharu (Umno) terhadap Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu.

Pemuda PAS Perak juga mengucapkan tahniah dan syabas atas tindakan Umno kerana berani mengemukakan usul ini dan secara tidak langsung membuka ruang kepada semua ADUN untuk membuat pengundian secara ikhlas dalam mendokong kerajaan Perikatan Nasional.

Pemuda PAS Perak berpandangan bahawa usaha mengemukakan usul ini adalah bukti semangat setiakawan antara BERSATU, UMNO dan PAS akan dan semakin kekal utuh, serta sekaligus menafikan suara sumbang yang mengatakan ahli politik melayu-islam selalu bergaduh dan tidak mampu bersama.

Ruang ini akan membuktikan peranan dan kuasa undi setiap satu Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyatakan pendirian masing-masing. ADUN yang ikhlas dan kasihankan rakyat pasti akan mengutamakan agenda rakyat bukannya peribadi dan kepentingan parti.

Pemimpin dan rakyat Perak semuanya mengerti bahawa dalam keadaan COVID-19 yang semakin meningkat tinggi di Perak, kita masing-masing memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh untuk menangani wabak ini.

Pemuda Pas Perak yakin langkah yang diambil oleh Umno adalah usaha bagi membuktikan kepada rakyat dan seluruhnya bahawa Kerajaan Perikatan Nasional Perak adalah kerajaan yang stabil dan kukuh.

Harapan kami Pemuda PAS Perak, kesatuan ummah dapat dimulakan oleh parti dominan Melayu-Islam dan seterusnya meluas kepada warganegara yang cintakan perdamaian dan tidak ekstrem dalam memacukan kesejahteraan negara berpandukan Islam Memperkukuh Perpaduan.

Sekian.
Ahmad Faisal Bin Mohd Puait
Ketua,
Dewan Pemuda Pas Perak.

Sumber: https://www.facebook.com/698625456834651/posts/3760190967344736/?sfnsn=mo