Parti Penaja Kuasa Rakyat yang diasaskan abang Ismail Sabri secara rasmi dilancarkan

Parti Penaja Kuasa Rakyat yang diasaskan abang Ismail Sabri secara rasmi dilancarkan

 

Parti Penaja Kuasa Rakyat yang diasaskan oleh abang Perdana Menteri, Kamarazaman Yaakob secara rasminya dilancarkan di The Diplomat, Pekarangan Tun Ismail, di sini hari ini.

Perasmian parti baharu itu berkonsepkan Nasionalisme Marhaenisme yang memperjuangkan nasib rakyat terutama dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) serta anak muda.

Presidennya Kamarazaman berkata, parti tersebut akan bersuara, bergerak dan berjuang dalam menuntut hak-hak dan keperluan golongan terlibat dan anak muda selain menumpukan kepada pendidikan percuma, menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Bukan itu sahaja, parti ini turut memperjuangkan kesihatan percuma, perumahan, peluang pekerjaan, petani, kelestarian alam sekitar dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ‘orang tengah dan modal kaum’.

“Iklim politik negara ketika ini sangat memerlukan sebuah parti yang benar-benar berbilang bangsa dan kaum. Bukan hanya di dalam Perlembagaan tetapi dari segi kompisisi kepemimpinan dan ahli malah parti juga mestilah sarat dengan perjuangan untuk seluruh anak bangsa,” jelasnya ketika pelancaran parti tersebut di ibu negara hari ini.

Sumber: Kosmo