Parkir di tempat yang salah, ramai puas hati lihat Toyota Vellfire kena ‘sagat’

Parkir di tempat yang salah, ramai puas hati lihat Toyota Vellfire kena ‘sagat’

 

Tindakan memarkir kenderaan sesuka hati di laluan yang tidak sepatutnya sememangnya membuatkan ramai pemandu kenderaan geram.

Ia bukan hanya menyusahkan orang lain tetapi turut boleh menyebabkan lalu lintas tergendala.

Ganggu laluan bas

Hal ini samalah seperti perkongsian video yang diperoleh daripada akaun Twitter ISU SEMASA VIRAL apabila memuat naik kembali rakaman TikTok milik @ayin8686 yang memperlihatkan sebuah bas melanggar kenderaan mewah model Toyota Vellfire yang diparkir di tempat tidak sepatutnya.

Parkir di tempat salah

Kejadian berkenaan juga dikatakan berlaku di pintu masuk pusat beli-belah Mid Valley dimana kawasan berkenaan bukanlah kawasan untuk meletakkan kenderaan.

Disebabkan itu, kereta Vellfire tersebut mengalami kerosakan dan bahagian tepinya remuk dilanggar bas yang melalui kawasan itu.

@ayin8686

Hati semua sahabat#kamibudakbarubelajar #pilotdaratmalaysia #abgpilotdarat

♬ Singkong & Keju Cover – akhmal.dniel

Kalau macam ni memang payah nak claim insurans

Walau bagaimanapun, kebanyakan netizen yang meninggalkan komen di ruangan Twitter tersebut berasa puas hati dan langsung tidak simpati dengan nasib  menimpa pemilik kereta Vellfire berkenaan.

Mana tidaknya, kesalahan yang dilakukan berpunca dari diri pemandu kereta itu sendiri kerana sengaja meletakkan kenderaan di kawasan yang terang-terang bukan tempatnya.

Padan muka, kereta besar otak tak adahttps://twitter.com/isusemasaviral/status/1533469404574662656?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1533469404574662656%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2Framai-puas-hati-lihat-bas-sagat-toyota-vellfire-parkir-di-tempat-yang-salah%2F

Tengah stres tengok video ni terus hilang stres

Rasakan sampai terkopak!