“Papa ‘gadaikan maruah’” – Zahirah & Aiman rai anniversary ke-4, komen bapa tentang insiden majlis akad nikah raih perhatian

“Papa ‘gadaikan maruah’” – Zahirah & Aiman rai anniversary ke-4, komen bapa tentang insiden majlis akad nikah raih perhatian

 

Pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan yang keempat pada 20 Februari baru-baru ini.

Anniversary mereka kali ini lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata kedua yang dijangka akan dilahirkan pada tahun ini.

Zahirah, menerusi hantaran di Instagram, dilihat mengimbas kembali video pra-perkahwinan mereka berserta kapsyen yang menyatakan bahawa dia tetap akan memilih suaminya dalam apa jua keadaan.

“Happy 4th anniversary to us sayang. In any lifetime, I’d wake up and choose you over & over & over again ❤️.”

Di sebalik ramai yang memberikan ucapan sempena ulang tahun buat pasangan sejoli ini, komen bapa kepada Zahirah yang juga pelakon iaitu Zainol Macwilson turut mencuri perhatian apabila menceritakan apa yang berlaku pada malam Zahirah dan Aiman diijabkabulkan pada empat tahun lalu.

“Pada malam kakak dan Aiman ‘diijabkabulkan’, papa nyaris nak ‘cemarkan’ majlis disebabkan kehadiran beberapa ‘individu toksik’.

Tapi Alhamdulillah dengan sifat kesabaran dan terlalu sayangkan anak serta bakal menantu pada malam tu, papa ‘gadaikan maruah’ dalam bahasa Inggeris ‘swallow my pride’ demi kebahagiaan anak dan menantuku,” kongsi Zainol Macwilson

Dalam pada itu, Zainol yang berpendapat anaknya telah membuat pilihan yang terbaik dalam memilih pasangan itu juga memohon doa orang ramai mendoakan agar kebahagiaan pasangan Aiman dan Zahirah berkekalan hingga ke Jannah.

“Saya ingin mohon jasa baik pada semua peminat-peminat Zahirah, Aiman, Isaac & saya agar dapt sama-sama berdoa 🤲🏻 semoga pasangan ini, kekal & bahagia hingga lah ke jannah firdaus amin, amin, amin yrbl 🤲🏻

Lots of luv, hugs & kisses dari seorang ayah yang sanggup gadai nama, maruah & nyawa demi anak-anak 🥰😘😍❤️,” tulis Zainol lagi

Sama-sama kita doakan yang terbaik..