Panjat belakang & sepak kepala jemaah wanita sedang solat, tindakan kanak-kanak ini buat ramai panas hati

Panjat belakang & sepak kepala jemaah wanita sedang solat, tindakan kanak-kanak ini buat ramai panas hati

 

Ibu bapa memang digalakkan untuk membawa bersama-sama anak-anak mereka apabila beribadah di masjid sebab kita nak didik anak-anak ni sayang dan suka datang ke rumah Allah sejak mereka kecil lagi.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Namun, jika anak-anak kita seorang yang hyper atau agak nakal, digalakkan untuk pastikan ada seorang yang boleh jaga anak itu di masjid ketika ibu bapa solat agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Itulah yang berlaku kepada seorang jemaah ini apabila belakang badannya telah dipanjat oleh seorang kanak-kanak ketika dia sedang solat berjemaah di masjid.

Video tersebut telah tular di media sosial dan telah menjadi perhatian warganet kerana tindakan kanak-kanak itu yang telah menganggu solat jemaah.

Dalam video yang berdurasi selama 34 saat itu, dapat dilihat kanak-kanak lelaki itu telah memanjat belakang badan seorang jemaah wanita ketika dia sedang duduk antara dua sujud, malah ketika jemaah itu sujud, kanak-kanak itu tetap berada di belakang badannya.

7 1

Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu turut memukul wajah jemaah lain selepas itu.

Tindakan kanak-kanak itu telah menyebabkan ramai warganet mengecam tindakan ibu bapa kanak-kanak itu membawanya ke masjid tanpa pengawasan orang dewasa lain.

Ramai yang berpendapat tidak salah untuk ibu bapa bawa anak-anak mereka untuk turut sama mengimarahkan masjid, namun ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak mereka agar tidak mengganggu jemaah yang sedang solat.

Selain itu, individu yang merakam video tindakan kanak-kanak itu turut dikritik netizen kerana ramai yang berpendapat individu yang merakam sepatutnya membantu menarik kanak-kanak itu agar berhenti mengganggu jemaah.

4

5 1