Panel tingkap bahagian penumpang tercabut, pesawat Alaska Airlines terpaksa mendarat cemas
Pesawat Alaska Airlines terpaksa membuat pendaratan cemas apabila panel tingkap di bahagian tempat duduk penumpang tercabut ketika kapal terbang yang membawa 177 penumpang itu telah berlepas dari lapangan terbang.
Memetik laporanĀ Astro AWANI, panel tingkap di bahagian tersebut tercabut kerana dipercayai berlakunya masalah dengan tekanan dalam kapal terbang jenis Boeing 737 Max 9 itu.
Nasib baik tiada penumpang yang duduk di tepi tingkap terbabit.
Difahamkan, pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland, Amerika Syarikat pada jam lima petang sebelum ia berjaya membuat pendaratan kecemasan dengan selamat tak lama kemudian.
Tular di media sosial gambar dan video ketika kejadian dalam kapal terbang itu yang dikongsikan oleh penumpang.
An Alaska Airlines flight made an emergency landing Friday night after a portion of the aircraft blew out mid-air. Video obtained by CBS News appeared to show one of the passenger window panels had been blown out. https://t.co/wKIOLENg3r pic.twitter.com/M00hT7HaPx
— CBS News (@CBSNews) January 6, 2024
šØ#BREAKING: Alaska Airlines Forced to Make an Emergency Landing After Large Aircraft Window Blows Out Mid-Air ā°ā°š#Portland | #Oregon
ā°A Forced emergency landing was made of Alaska Airlines Flight 1282 at Portland International Airport on Friday night. The flight, travelingā¦ pic.twitter.com/nt0FwmPALE— R A W S A L E R T S (@rawsalerts) January 6, 2024
Alaska Airlines Forced to Make an Emergency Landing After Large Aircraft Window Blows Out Mid-Air.
The situation was so bad a childās shirt was ripped off. pic.twitter.com/y4yMA12Iq0
— DramaAlert (@DramaAlert) January 6, 2024
Difahamkan juga, akibat dari kejadian itu, operasi kesemua pesawat jenis Boeing 737 Max 9 yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan di Amerika Syarikat telah diarahkan digantung sementara oleh Federal Aviation Administration (FAA).