Pandu secara berbahaya, pemandu Proton Persona ini patahkan cermin sisi Myvi

Pandu secara berbahaya, pemandu Proton Persona ini patahkan cermin sisi Myvi

 

Pada hari semalam tular satu rakaman dashcam di mana sebuah Proton Persona menyelit di antara dua buah Myvi yang sedang menunggu lampu isyarat merah.  Proton Persona itu dilihat memecut laju di laluan kecil yang betul-betul memuatkan kereta itu.

Lebih memburukkan keadaan lagi, tindakan pemandu Persona itu telah menyebabkan cermin sisi kereta Myvi berwarna hitam rosak dan patah. Kejadian tersebut dirakam oleh salah sebuah kenderaan lain yang berada dibelakangnya.

Setelah menyelit dan melanggar cermin sisi sehingga rosak, pemandu Myvi dan Nissan Almera cuba dilihat cuba mengejar kereta Persona yang bersalah itu untuk menyelesaikan perkara terbabit.

Rakaman video itu telah menarik perhatian ramai mengecam tindakan berbahaya pemandu Persona tersebut kerana melanggar undang-undang jalan raya serta tidak mengendahkan keselamatan diri sendiri mahupun pengguna jalan raya yang lain.

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK YDLAA

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK YDLAA

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK YDLAA

Rata-rata orang ramai yang telah menonton rakaman video dashcam tersebut mahu pemandu Persona itu ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan tindakan berbahayanya.

Tambah orang ramai lagi, tidak boleh dibayangkan andaikata ada penunggang motosikal sedang menunggu lampu isyarat merah ketika waktu itu. Sudah pasti berlakunya kemalangan yang lebih buruk.