Pandu lawan arus, pemandu Myvi tunjuk ‘contoh’ tidak baik kepada Bezza

Bila sebut sahaja Perodua Myvi, automatik orang ramai akan ‘flashback’ pelbagai insiden-insiden yang pernah berlaku melibatkan kereta keluaran tempatan ini.
Dari kisah kereta terbang lepas longkang, langgar ‘Godzilla’, ‘cucuk’ kereta lain dekat tol dan macam-macam lagi.
Baru-baru ini tular di TikTok satu rakaman video menunjukkan seorang pemandu Perodua Myvi putih telah menunjukkan ‘contoh’ yang tidak baik kepada pemandu Perodua Bezza.
Dalam video tersebut, kedua-dua pemandu kereta Perodua dilihat telah melakukan dua kesalahan serentak pada satu masa yang sama — bawa kereta melawan arus dan melanggar lampu isyarat merah di persimpangan jalan.
@syidiey_73 Bila abang ajar adik buat jahat,macam ni lah jadinya😂myvi buat hal #foryourpage #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp
Video tersebut telah mendapat lebih 400,000 tontonan dan 500 komen daripada pengguna TikTok yang terhibur dengan aksi yang ditunjukkan oleh pemandu Myvi dan Bezza tersebut.
Rata-rata orang ramai menyamakan tindakan pemandu Myvi tersebut sama seperti seorang ‘abang’ yang mengajar ‘adik’ melakukan benda yang tidak baik.
SUMBER GAMBAR: TIKTOK PALATOBEY73
SUMBER GAMBAR: TIKTOK PALATOBEY73
SUMBER GAMBAR: TIKTOK PALATOBEY73
SUMBER GAMBAR: TIKTOK PALATOBEY73
SUMBER GAMBAR: TIKTOK PALATOBEY73
Menurut orang ramai video tersebut dirakam di sekitar kawasan Rapid Pengerang, Johor. Walaupun ketika itu jalan agak lenggang, namun perbuatan kedua-dua pemandu tetap menyalahi undang-undang jalan raya.
Sumber: TV