Panas! Sir Azri tempelak Asyraf jangan jadi penipu macam Presiden UMNO

Panas! Sir Azri tempelak Asyraf jangan jadi penipu macam Presiden UMNO

 

Bekas Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang digantung keahlian menegur Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki supaya tidak menjadi penipu dengan mengikut tindakan sama dilakukan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Wan Muhammad Azri atau dikenali sebagai Papagomo itu berkata Asyraf jangan menyembunyikan fakta sebenar berhubung hukuman gantung keahlian yang dikenakan terhadapnya walhal beliau sendiri menghubunginya dan menasihati supaya berhenti mengkritik Zahid sebelum ini.

“Bagi saya, kenyataan yang dibuat Asyraf merupakan satu penafian yang mana dia cuba menutup isu sebenar.

“Isu sebenar ialah kelantangan saya mengkritik Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi). Dia (Asyraf) sendiri hubungi saya untuk saya berhenti daripada kritik Presiden sebaliknya menyokong Presiden,” katanya dipetik dalam laporan portal Astro Awani.

Beliau juga menegaskan tidak akan membuat rayuan berhubung hukuman yang dikenakan terhadapnya, malah Lembaga Disiplin masih tidak memanggilnya untuk memberi penjelasan.

“Sampai hari ini Lembaga Disiplin UMNO tidak memanggil saya. Saya nak merayu apa, sedangkan keputusan telah dibuat, saya digantung,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Wan Muhammad Azri juga berkata Asraf sehingga hari ini tidak menghubunginya untuk sekurang-kurangnya mendapatkan penjelasan berhubung tindakan hukuman tersebut.

“Malah sampai hari ini pun Asyraf sebagai Ketua Pemuda UMNO tak menghubungi atau mesej saya,” katanya.

Wan Muhammad Azri digantung keahlian selama enam tahun selepas didapati melanggar perlembagaan parti.

Tindakan gantung enam tahun tersebut terhadap Papagomo hampir sama dikenakan terhadap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz yang turut menerima nasib sama pada Mac lalu.

Sumber: agendadaily