Panas! Pemuda ini dakwa pegawai kontinjen Malaysia cuba mengelirukan rakyat dengan mereka cerita?

Panas! Pemuda ini dakwa pegawai kontinjen Malaysia cuba mengelirukan rakyat dengan mereka cerita?

 

BENANG BASAH HANCING YANG SUKAR DITEGAKKAN

Sejak semalam saya ditekan untuk menjelaskan penerangan saya bahawa pembatalan penyertaan athlet lontar peluru para F20 negara Ziyad Zolkefli adalah bukan disebabkan oleh protes pasukan Ukraine.

Saya rasa perkara ini sangat mudah difahami jika keadaan tidak dikeruhkan oleh laporan media yang ketandusan objektiviti dan dipacu oleh sentimen emosi serta paluan kompang netizen yang kurang arif.

Badan induk olahraga para dunia atau World Para Athletics (WPA) telah mengeluarkan kenyataan awal pagi semalam menjelaskan kedudukan dan kronologi yang menjurus ke arah pembatalan penyertaan Ziyad.

Saya tampal di sini kenyataan penuh itu seperti berikut:

“World Para Athletics statement in relation to the men’s shot put F20 final at the Tokyo 2020 Paralympic Games.

The three athletes from Australia, Ecuador and Malaysia who competed in the men’s shot put F20 final under protest had their appeal rejected by the World Para Athletics Jury of Appeal.

The decision was based on World Para Athletics Rule 5.5 – ‘Failure to Report to the Call Room’ which states that in case athletes are not present in the Call Room at the relevant time as published in the Call Room schedule they will be shown in the results as DNS (Did Not Start).

In accordance with this Rule, the athletes were allowed to compete under protest while the Referee considered all the evidence as to why the athletes were late to the Call Room. Having considered the evidence, the Referee determined that there was no justifiable reason for the athletes’ failure to report to the Call Room on time.

The athletes appealed this decision to the Jury of Appeal, who gave the teams the opportunity to present all the relevant information before making its final decision. The Jury of Appeal upheld the Referee’s decision and confirmed the athletes’ results as DNS.”

Ini adalah perkara-perkara asas dalam isu ini:
1. Ziyad dibatalkan penyertaan lebih awal, sebelum beliau masuk ke gelanggang lagi.

2. Pegawai-pegawai kontinjen Malaysia di sana yang bertanggungjawab ke atas Ziyad sudah tentu maklum tentang perkara ini.

3. Apakah pegawai-pegawai kontinjen Malaysia telah cuba untuk mengelirukan rakyat dengan mereka cerita bahawa pembatalan adalah disebabkan oleh protes dari kem Ukraine?

4. Chef-de-mission kontinjen Malaysian Megat D. Shahriman sendiri telah membuat kenyataan mengelirukan dengan kronologi tuduhan terhadap Ukraine itu. Beliau perlu tampil memberi penjelasan, kalau pun tidak mahu mengambil langkah-langkah yang lebih bermaruah.

Walaupun sukan kita sudah memang ketandusan ciri-ciri kebertaggungjawaban dan kredibiliti, kita perlu berharap sekurang-kurangnya ada secebis kejujuran yang muncul untuk menanam benih-benih akauntabiliti supaya sukan kita tidak terus terjerumus ke lubang yang digali oleh pengakhlakan politik.

Sekian.

Arnaz M. Khairul
Mantan wakil Asia Tenggara
Association of International Cycling Journalists (AIJC)

https://www.paralympic.org/news/world-para-athletics-statement-men-s-shot-put-f20-final-tokyo-2020

Sumber: Arnaz M. Khairul