Panas! Nama Khairuddin digugurkan daripada senarai Kabinet atas arahan ‘pihak tertentu’

Panas! Nama Khairuddin digugurkan daripada senarai Kabinet atas arahan ‘pihak tertentu’

 

PAS mengugurkan nama Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali daripada dilantik sebagai menteri dalam senarai anggota Kabinet yang diumum hari ini.

Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) PAS itu difahamkan disenarai dalam ‘line up’ Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada mulanya.

Namun, Khairuddin yang merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dalam Kabinet bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikeluarkan daripada senarai itu pada saat akhir.

Menurut sumber, atas arahan ‘pihak tertentu’ dalam PAS telah mengarahkan nama Khairuddin disingkirkan daripada menganggotai Kabinet baharu kerajaan hari ini.

Berdasarkan reaksi netizen di media sosial, rata-rata hairan apabila Khairuddin yang dianggap antara ‘menteri yang bekerja’ digugurkan dari senarai Jemaah Menteri.

Ismail Sabri hari ini, mengumumkan senarai Kabinetnya selepas memperoleh perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kuota PAS kekal dengan tiga menteri dan lima timbalan menteri, namun, portfolio milik PAS telah bertukar dari KPPK kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) apabila Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad dilantik menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang digugurkan daripada senarai Kabinet kali ini.

Ketua Dewan Ulama PAS, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II.

Antara Menteri dan Timbalan Menteri PAS yang masih kekal ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Menteri Alam Sekitar dan Air); Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim dan Timbalan Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Amzad Mohamed @ Hashim.

Sumber: Malaysiapost