Panas! Chegu Bard dakwa Peja main kayu tiga dengan Anwar

Panas! Chegu Bard dakwa Peja main kayu tiga dengan Anwar

 

Bersatu Negeri Sembilan bergolak kembali. Ahli jawatankuasa penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin menuduh pengerusi Bersatu negeri Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bermain kayu tiga dengan “bersekongkol” Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad Faizal juga timbalan presiden Bersatu di peringkat pusat.

“Cabar @PejaOfPerak nyata kesetiaan pada PN & tidak akan sekongkol dgn @anwaribrahim dalam apa bentuk… Jika tak mampu elok pindah terang terangan..berhenti jadi duri dalam daging..

“Parti juga kena serius..Timbalan Presiden hilang..Mesy pun tak datang..” kata Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard dalam X.

Ini bukan kali pertama Chegu Bard membuat tuduhan serius terhadap Ahmad Faizal yang lebih mesra dikenali sebagai Peja.

Dalam bulan Ogos, seusai pilihan raya negeri, Chegu Bard mendakwa pelantikan Ahmad Faizal sebagai pengerusi Perikatan Nasional NS menyukarkan gabungan tersebut mengambil alih negeri berkenaan.