Panas! Adham, Takiyuddin dan Rina tidak tersenarai dalam Kabinet Ismail Sabri?

Panas! Adham, Takiyuddin dan Rina tidak tersenarai dalam Kabinet Ismail Sabri?

 

TIGA menteri yang sebelum ini dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijangka digugurkan dalam Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut sumber, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba antara menteri yang digugurkan dalam pentadbiran Ismail Sabri.

Turut digugurkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Jawatan Menteri Kesihatan dijangka akan dipegang oleh bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abdul Latiff Ahmad.

“Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin juga dikhabarkan turut tidak disenaraikan dalam Kabinet kali ini,” katanya kepada Malaysiapost.

Adham Baba sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi ketika mentadbir Kementerian Kesihatan (KKM).

Malah, beliau juga dilabelkan sebagai “menteri air suam” kerana menggalakkan orang ramai meminum air suam ketika berdepan wabak Covid-19 dalam satu wawancara di televisyen.

Manakala Takiyuddin berdepan kontroversi dengan Istana Negara apabila Yang di-Pertuan Agong kurang senang dengan kenyataannya di Dewan Rakyat berhubung pembatalan Ordinan Darurat.

Pada 29 Julai, Yang di-Pertuan Agong dalam satu kenyataan menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat Takiyuddin di Parlimen pada 26 Julai bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.

Dalam pada itu, sumber memaklumkan Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dikatakan turut menganggotai Kabinet kali ini.

“Rina Harun juga dikatakan berkemungkinan besar tidak akan kembali menganggotai Kabinet Ismail Sabri.

“Bagaimanapun keputusannya akan kita ketahui esok, namun ia hampir pasti,” katanya

Sumber: Malaysiapost