Panas!! Ada “macam-macam” parti di kediaman MB Perak?

Panas!! Ada “macam-macam” parti di kediaman MB Perak?

“Peja (Ahmad Faizal Azumu) ni bukan setakat…, kediaman Menteri Besar itu kadang-kadang ada macam-macam bentuk parti. Parti yang ada wanita, parti yang ada dadah, parti yang ada mabuk-mabuk, Ini Menteri Besar”.

Itu dakwaan panas yang dibuat bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung sebab mengapa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu digulingkan dari jawatannya semalam.

Lokman dalam temu bual yang disiarkan melalui platform media sosial berkata, usul undi percaya yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu bukannya bertujuan untuk menukar kerajaan negeri, sebaliknya bagi menukar Menteri Besar kepada seorang pemimpin yang lebih baik.

Katanya, dakwaan yang mengatakan Ahmad Faizal sebagai seorang ‘kaki parti’ bukannya sekadar fitnah semata-mata, tetapi ada sandaran tersendiri.

“Kalau saya tak berani berhadapan dengan tindakan undang-undang, saya tak berani bercakap. Kita bukan tak sekolah punya orang. Jadi selama hari ini mungkin dia (Ahmad Faizal) selamat, mungkin dia selamat dilindungi oleh orang itu, dilindungi oleh orang ini.

“Tapi kadang-kadang bila dia dah cross boarder sampaikan istananya pun ditipunya, masakan speaker (Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid) boleh membenarkan undi percaya itu berlaku kalau tak sampai istana tersinggung,” katanya hari ini.

Semalam, Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dalam undi usul percaya terhadap beliau.

Dalam undian 59 ADUN, sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru daripada UMNO, Abd. Manaf Hashim.

Pada awalnya, usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak dalam persidangan DUN yang bermula hari ini.

Bagaimanapun, dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN diterima Mohamad Zahir.

Ikuti temu bual Lokman menerusi Youtube di alamat https://www.youtube.com/watch?v=lsi9hEc6B6I

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/macam-macam-parti-di-kediaman-mb-perak-lokman-noor-adam/