Pakcik terkedu dihalau lelaki mengaku sungai dibuat bapanya, siap larang memancing

Pakcik terkedu dihalau lelaki mengaku sungai dibuat bapanya, siap larang memancing

 

Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mengaku sungai dibuat bapanya sehingga melarang pak cik melakukan aktiviti memancing.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, @Riezan memuat naik video memperlihatkan pak cik itu sedang memancing di atas bot di sebuah sungai di Johor.

@zam_xox79704

♬ original sound – ZOC3ENTERPRISE – ZOC3ENTERPRISE

Ketika sedang memancing, pak cik itu ‘diserang’ oleh seorang lelaki yang muncul bersama botnya atas sebab tidak berpuas hati kerana memancing di kawasannya.

“Kau masuk aku punya kampung kenapa? Kau ni orang Johor ke Negeri Sembilan? Kau orang Palong!” kata lelaki tersebut.

Namun begitu, pak cik tersebut menafikan tuduhan lelaki itu sebaliknya menjelaskan dia merupakan anak kelahiran di Johor.

Pada masa sama, pak cik berkenaan turut mempertahankan tindakannya memancing di kawasan itu kerana menyifatkan sungai itu milik semua orang.

Bagaimanapun, lelaki terbabit menegaskan bahawa sungai itu miliknya selain mengaku ia telah dibuat oleh bapanya.

“Sepanjang kampung aku ni, bapa aku buat sungai ni, kau tahu tak? Dia buat dari zaman Tok Bangau,” ujar lelaki itu.

Pak cik tersebut hanya tergelak dan menjelaskan lagi bahawa dia tidak menggunakan tuba atau racun untuk menangkap ikan, sekali gus berasa hairan kenapa perlu dimarahi kerana memancing di kawasan berkenaan.

Perbalahan antara lelaki dan pak cik berlarutan hingga ke hal sempadan, isu kenegerian serta isu berkaitan izin daripada ketua kampung.

Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit tetap menuduh pak cik itu sebagai orang Negeri Sembilan selain tidak berhak memancing di negeri Johor.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata ini pertama kali mereka melihat pergaduhan orang yang berebut sungai.

Lelaki mengaku sungai dibuat bapanya

Lelaki mengaku sungai dibuat bapanya

Lelaki mengaku sungai dibuat bapanya

Lelaki mengaku sungai dibuat bapanya

Lelaki mengaku sungai dibuat bapanya

Lelaki mengaku sungai dibuat bapanya

Sekarang rebut sungai pun dah ada, silap-silap nanti ada yang mengaku pula laut tu bapa dia punya! Macam-macam hal nak hadap sikap manusia ni.