“Pakcik saya Superman” – Budak 7 tahun diberi amaran, jangan pengaruhi murid lain untuk hidup dalam dunia fantasi

Pelakon watak Superman, Henry Cavill mahu buktikan bahawa anak saudaranya, Thomas tak menipu.
Sebab sebelum ni, budak 7 tahun tu pergi sekolah pakai baju Superman & ditanya oleh cikgunya kenapa pakai macam tu 🤔
“Sebab pakcik saya adalah Superman..” jawab Thomas.
Cikgu punya la terangkan, Superman tak wujud tapi Thomas tetap dengan pendiriannya sampai kena panggil masuk pejabat sekolah 😅
Pegawai sekolah siap bagi amaran, jangan cuba pengaruh murid lain untuk hidup dalam dunia fantasi 😒
Ibu Thomas ketawa je bila tahu pasal amaran tu! Terus suruh Cavill pergi sekolah untuk ‘selamatkan’ anak saudaranya 😂💪
Kredit: FB Maldivian Superman
Sumber: ohmymedia