“Pakat gi mana? Hatyai?” – Peniaga Pasar Siti Khadijah ‘termenung’, merintih pelanggan tiada
Pasar Besar Siti Khadijah antara lokasi yang mesti dilawati jika berkunjung ke negeri Kelantan, pasar besar ini menjual pelbagai barangan perusahaan tempatan dan mempunyai empat tingkat.
Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan keadaan terkini pasar besar tersebut yang dilihat sunyi dan ketiadaan pelanggan meskipun pada waktu cuti sekolah.
Peniaga di situ mendakwa, suasana sepi sejak pagi hari disebabkan ibu bapa lebih memilih untuk membawa anak-anak melancong ke Hatyai, Thailand.
Malah, ada juga peniaga yang berkata kebiasaannya jika musim cuti sekolah, akan ada bas-bas persiaran yang membawa pelancong dari dalam dan luar Kelantan tetapi lain pula ceritanya pada musim cuti sekolah kali ini.
“Tengok saya duduk dekat pasar, takda orang dekat pasar. Kalau cuti sekolah ni selalunya penuh. Pakat gi mana (mereka)? Hatyai? Sunyi. takda orang walaupun cuti sekolah.
Ini tengok ni. Akak ni duk menung haa, sedih lah takda orang. Orang ke Hatyai, orang tak mari dah pasar Siti Khadijah. Hatyai beribu orang,” luahnya.
Dalam pada itu, tiada kenyataan penuh berkenaan video yang tular itu dan setakat artikel ini ditulis video berkenaan telah mendapat lebih 400k tontonan serta lebih 1k komen.
@jaafarharunharun