Pakar kecantikan memandu ketika mabuk rempuh sekatan polis

Pakar kecantikan memandu ketika mabuk rempuh sekatan polis

Lagi kes melibatkan pemandu mabuk yang kali telah merempuh pula sekatan jalan raya (SJR) di laluan keluar Plaza Tol Damansara awal pagi tadi.

Pemandu mabuk ini dikatakan seorang wanita yang juga pakar kecantikan berusia 32 tahun dan memandu kenderaan jenis Toyota Harrier. Bagaimanapun tiada kecederaan anggota dilaporkan dan hanya peralatan SJR sahaja yang rosak.

Sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya membawa wanita itu menjalani ujian pernafasan alkohol kerana dia disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Hasil ujian pernafasan melalui mesin Evidential Breath Analyzer mendapati dia berada di bawah pengaruh alkohol melebihi daripada had yang ditetapkan semasa memandu. – Kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.

Bagaimanapun, wanita terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 45a (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Harian Metro