Pakai kasut ada ‘sangkar’ tikus, netizen pelik tengok cara individu ini berfesyen

Pakai kasut ada ‘sangkar’ tikus, netizen pelik tengok cara individu ini berfesyen

 

Baru-baru ini, seorang wanita di bandar New York telah menjadi perhatian ramai apabila dia menggayakan fesyen unik dan agak pelik di negara Amerika Syarikat itu.

Dalam video yang tular di Instagram, dia dilihat memakai kasut but tinggi yang mempunyai ‘sangkar’ tikus.

Memetik laporan New York Post, ada warganet yang melihat fesyen pelik itu berpendapat bahawa fesyen berkenaan boleh menyebabkan penganiayaan terhadap binatang.

7 1

Walau bagaimanapun, tak dapat nak dipastikan jika tikus di dalam kasut sangkar wanita itu adalah haiwan hidup atau tikus palsu.

8 2

Namun, dalam video yang tular di Instagram whatnywears, tikus itu sepertinya bukanlah haiwan yang sebenar atau hidup kerana tikus tersebut dilihat seperti tidak bergerak.