Padah jual ikan siakap bakar RM75, premis makanan ‘cekik darah’ di Pulau Pangkor diserbu KPDN Perak

Padah jual ikan siakap bakar RM75, premis makanan ‘cekik darah’ di Pulau Pangkor diserbu KPDN Perak

 

Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa tidak puas hati mengenai harga makanan yang mahal, yang dikenakan oleh sebuah premis makanan di Pulau Pangkor.

Menurutnya, harga makanan yang dikenakan itu sangat tidak berbaloi dengan kualiti yang diberikan.

Kekyah Kentang berkata, harga ikan siakap bakar dengan berat kira-kira 600-700 gram adalah RM75, yang mana lebih mahal daripada harga ikan di KLCC dan Pavilion.

Walaupun beliau bukan jenis yang berkira tentang makanan, harga makanan yang dikenakan itu jauh lebih mahal daripada makanan di Singapura walaupun perlu digandakan.

@kekyahfornour

Ikan bakar siakap around 600-700g RM75 kalah harga ikan kat KLCC dengan pavilion.. kedai kerusi pon berkulat, service out then rasa biasa2 je.. total makan RM142 since minum air kosong je.. sorry kekyah bukan jenis berkira pasal makan tapi this is totally not worth.. sama harga mcm makan ikan kat swiss harga dia.. makan kat singapore pon x semahal makan kat sini walaupon kena darab 3.5.. Bila x g travel local selalu persoalkan x support local tapi see peniaga jenis cekik darah cmni.. Sesiapa g pangkor tu hati2 la makan kat area teluk nipah ni.. korang makan area city je la selamat harga x cekik darah mcm ni..

♬ Cukup – Fieya Julia

“Ikan siakap bakar, berat kira-kira 600-700 gram = RM75. Kalah harga ikan kat KLCC dan Pavilion. Kerusi kat kedai pun berkulat, service out. Then rasa ikan siakap bakar biasa-biasa saja.

“Harga keseluruhan makanan, RM142, since minum air kosong saja.

“Sorry, Kekyah bukan jenis berkira pasal makan. Tapi this is totally not worth. Sama harga macam makan ikan kat Swiss harga dia. Makan kat Singapore pun tak semahal makan kat sini. Walaupun kena darab 3.5.

“Bila tak pergi travel dalam negara, selalu dipersoalkan tak support industri pelancongan tempatan. Tapi tengoklah peniaga jenis cekik darah macam ni.

“Sesiapa nak pergi ke Pulau Pangkor tu berhati-hatilah makan di area Teluk Nipah ni. Korang makan area city sajalah, selamat harga dan tak ada kena cekik darah macam ni.”

Video tular itu telah menarik perhatian ramai, termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, yang kemudian melakukan pemeriksaan di lokasi tersebut.

Menurut Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, pihaknya telah menjalankan operasi pemantauan Ops Samar selama dua hari.

Pemeriksaan mendapati premis tersebut tidak meletakkan sebarang tanda harga pada makanan hasil laut yang belum dimasak dan tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan makanan.

Selain itu, pemeriksaan dan perbandingan harga makanan di premis yang diadu juga didapati lebih tinggi berbanding harga makanan yang sama di premis lain di sekitar Teluk Nipah.

KPDN Perak telah mengambil tindakan terhadap premis tersebut kerana disyaki melanggar Seksyen 140(3)(a)(b) Akta Perlindungan Pengguna 1999, iaitu gagal meletakkan butiran nama dan alamat perniagaan serta tarikh pembelian dalam resit yang dikeluarkan kepada pengguna.

Premis ini juga telah diberikan satu Notis Pengesahan Maklumat Barang (NPMB) dan Notis Bertulis (NB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011.

Datuk Kamalludin Ismail menambah, peniaga terbabit perlu mengemukakan maklumat barangan kepada pihak KPDN Perak dalam tempoh lima hari waktu bekerja.