“PA pergi mana? Tak ajak Bella sekali ke makan-makan?” – Eyra Hazali persoal kenyataan Ruhainies & Aliff Aziz

“PA pergi mana? Tak ajak Bella sekali ke makan-makan?” – Eyra Hazali persoal kenyataan Ruhainies & Aliff Aziz

 

Malam tadi pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ditangkap khalwat baru-baru ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Bukan saja netizen, perkara itu juga telah menarik perhatian pelakon, Eyra Hazali untuk bersuara menerusi akaun media sosial miliknya.

Eyra Hazali

Eyza dilihat mempersoalkan di mana pembantu peribadi kepada Ruhainies yang dikatakan konvoi bersama ketika pulang dari lokasi penggambaran menuju ke Kuala Lumpur itu.

Pelakon itu juga bertanya ketika Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) datang ketuk pintu rumah, adakah Aliff juga berasa takut untuk membukanya.

Jadi PA pergi mana? Kenapa bukan PA tolong angkat barang? The boy (Aliff) pun risau keselamatan ke tak nak buka pintu?

Bukan tu jer, Eyra juga pelik kenapa Bella Astillah tidak diundang sekali untuk makan malam bersama, lagipun mereka berdua kan kawan baik.

Tak ajak isteri (Bella) atau yang dipanggil kawan baik sekali ke makan-makan? Mana minta maaf pada isteri (Bella).

Kesimpulannya, kena ada batas walaupun dah 10 tahun kawan.

Sebelum ini Aliff perjelaskan yang dia terima ajakan untuk makan malam di rumah Ruhainies sebab dah lama tak berjumpa keluarganya yang sudah lama kenal.

Sementara tunggu kakak kepada Ruhainies, Risteena dalam perjalanan, Aliff bantu bawa barang penggambaran Ruhainies naik ke kondominium.