“Orang sibuk ni, orang banyak keje..” – Disangka pekerja bergaduh, Bos Cina menangis kena ‘prank’ sambut hari jadi
Selain bekerja dalam suasana yang tak toksik, dapat majikan baik juga merupakan rezeki yang tak semua orang ada.
Satu perkongsian video oleh @sllmachineryhardware di TikTok, memaparkan kenangan manis pekerja-pekerja syarikat itu menyambut hari jadi majikan mereka dengan cara yang agak lucu.
Mereka merancang untuk prank hari jadi bos jadi, dua orang pekerja lelaki telah berlakon kononnya sedang bergaduh sesama mereka.
Dalam masa yang sama, pekerja lain hanya melihat ‘pergaduhan’ tersebut selain ada yang merakam situasi itu.
Walaupun ada pelanggan lain di kedai, mereka tetap ‘bergaduh’ malah makin meninggikan suara tanpa memikirkan keadaan sekeliling. Beberapa orang pekerja lain turut membantu meredakan ‘perbalahan’ itu.
Sebagai seorang majikan, pasti akan menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah antara pekerja, jadi bos wanita berbangsa Cina telah cuba menenangkan pekerja yang sedang ‘marah’ itu.
Tak lama selepas itu, pekerja lain terus menyanyikan lagu ‘Hari Jadi’ untuk bos mereka sambil membawa sebiji kek untuknya.
Sedar akan ‘pergaduhan’ tersebut hanyalah lakonan, bos itu terus menangis terharu kerana ‘terkena’ prank yang dirancang oleh semua pekerja.
@sllmachineryhardware Happy Birthday to the most amazing Lady Boss! @Bebe #foryou #fypage #birthdayprank #surprise #birthday
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu melihat situasi itu. Walaupun ia hanyalah prank, namun usaha yang dilakukan oleh kesemua pekerja itu membuktikan mereka amat menyayangi majikan tersebut.
Time bergaduh tu nampak real.. sekali bos masuk.. sebak terus min!