Orang Pakistan kagum ketahanan Proton Saga biarpun disondol ‘Myvi’ dari belakang

Orang Pakistan kagum ketahanan Proton Saga biarpun disondol ‘Myvi’ dari belakang

Umum diketahui semua, Proton bukan sahaja menjual kenderaan di dalam Malaysia  bahkan turut mengeksport ke beberapa buah negara luar. Ini termasuklah beberapa varian model Proton Saga dan Saga R3 Edisi Khas yang baru dilancarkan di negara Pakistan dalam bulan ini.

Terbaharu, sebuah Facebook Pages automotif di Pakistan telah memuatnaik beberapa keping gambar menunjukkan keadaan Proton Saga dan Toyota Passo selepas terlibat dalam satu kemalangan di Lahore, Pakistan.

Pada bahagian bonet belakang Proton Saga kelihatan tidak berapa teruk rosaknya jika dibandingkan dengan bahagian hadapan Toyota Passo yang melanggarnya.

Rata-rata pengguna Facebook dariapda Pakistan menghantar beberapa komen dengan perasan kagum setelah melihat ketahanan badan kereta Proton Saga tersebut.

Tidak kurang juga ada orang Malaysia turut bergurau senda dengan menyamakan Toyota Passo yang terlibat dalam situasi kemalangan sama seperti Perodua Myvi di negara kita.

Jika dilihat komen-komen pengguna media sosial di Pakistan, majoriti mereka berpuas hati dan memberi pujian terhadap ketahanan model Proton Saga yang diimport masuk ke dalam negara mereka.

Pada masa yang sama, siapa sangka model kereta Toyota Passo di negara tersebut juga suka ‘menyondol’ kenderaan lain sama seperti Perodua Myvi di negara kita ini.

Pada awal bulan April lalu, Proton Pakistan telah pun melancarkan beberapa varian model Proton Saga dan Saga R3 transmisi manual di negara tersebut. – TV