Orang kenamaan pecah rahsia ke peguam, pelaku kerap khayalkan gadis guna bahan terlarang

Orang kenamaan pecah rahsia ke peguam, pelaku kerap khayalkan gadis guna bahan terlarang

 

Sengaja ditolak, cuba melompat untuk menyelamatkan diri kerana merasa terancam ataupun tergelincir sendiri, sebenarnya yang mana satukah kebenaran mengenai insiden Tangmo Nida pada malam 24 Februari lalu?

Satu persatu video CCTV yang muncul merakamkan pergerakan bot pelaku di Sungai Chao Phraya juga mencetuskan kekeliruan besar.

Insan Misteri Pecah Rahsia Ke Peguam, Pelaku Kerap Khayalkan Gadis Guna Barang 2

Insan Misteri Pecah Rahsia Ke Peguam, Pelaku Kerap Khayalkan Gadis Guna Barang 3

Tular video ada orang melompat dari bot yang sedang bergerak?

Pada semalam, media sosial sekali lagi dikejutkan dengan rakaman dipercayai Tangmo melompat sendiri dari bot.

Ketika itu, kenderaan air terbabit bergerak dengan kelajuan sederhana membuat ramai mendakwa mereka melihat jelas orang sedang bergelut sebelum salah seorangnya termasuk ke dalam sungai.

@baygugle

แตงโมต้องไม่ตายฟรี #แตงโมนิดา #แตงโมตกเรือ #อย่าปิดการมองเห็น #โหนกระแสวันนี้

♬ original sound – Bay – Bay

 

Insan Misteri Pecah Rahsia Ke Peguam, Pelaku Kerap Khayalkan Gadis Guna Barang 4

Polis harus teliti semula video yang tular sebelum buat pengesahan

Namun setelah mempertimbangkan keadaan malam yang agak gelap bersama dengan rakaman CCTV dari pelbagai sudut, pihak polis membuat penafian dan dakwaan terbabit masih belum dapat disahkan 100%. Andai benar ada orang tercampak masuk ke sungai sekali pun, mengapa tiada gelombang air terhasil dalam video tersebut?

“Bila dah zoom, imej badan penuh tak terlihat. Adakah betul-betul orang ataupun cuma pantulan cahaya lampu sahaja? Kalau orang, sepatutnya ada pergerakan di dalam air”

Insan Misteri Pecah Rahsia Ke Peguam, Pelaku Kerap Khayalkan Gadis Guna Barang 5

Peguam Tumm Sittra dedahkan ada individu misteri beri maklumat pasal tabiat salah seorang pelaku

Sementara itu, abang mendiang dilaporkan tegas hendak menuntut keadilan buat Tangmo meskipun si ibu kini sedang hangat dengan kontroversi mengejar wang ringgit. Manakala, Tuan Tumm Sittra iaitu peguam yang sedang mengorek kebenaran insiden bot itu tampil mendedahkan hal mengejutkan sebentar tadi.

“Ada seseorang (orang kenamaan yang enggan identitiinya diketahui) memberitahu sebuah maklumat penting menerusi FB Messanger. Katanya salah seorang yang pelaku dalam kejadian itu mempunyai bahan terlarang. Jadi dia ada tabiat kerap memberikan ‘benda’ itu secara paksa kepada gadis-gadis di kelab malam sehingga khayal teruk. Jadi, gelas wine akan diperiksa lagi adakah mempunyai kandungan benda lain? Jika terbukti ada, maknanya semua ini adalah sangat mengejutkan & lebih misteri daripada sebuah insiden biasa”

Insan Misteri Pecah Rahsia Ke Peguam, Pelaku Kerap Khayalkan Gadis Guna Barang 6