‘Orang kenamaan cuba rogol’ – Netizen bongkar kisah pelakon terkenal Thailand jatuh sungai

‘Orang kenamaan cuba rogol’ – Netizen bongkar kisah pelakon terkenal Thailand jatuh sungai

 

Anggota penyelamat telah menemui mayat pelakon terkenal, Tangmo Nida yang terapung di Sungai Chao Phraya berhampiran jeti Pibul Songkhram 1 di Nothaburi pada Sabtu.

Nama sebenarnya Nida Patcharaveerapong dipercayai terjatuh daripada bot laju pada Khamis lalu.

Pasukan penyelamat dan penyelam tiba di tempat kejadian pada tengah malam Khamis untuk memulakan pencarian namun keadaan agak sukar kerana ketika itu air sungai deras dan cahaya sangat terhad.

Mayat telah dibawa ke Institusi Pusat Sains Forensik Hospital Universiti Thmamasat untuk bedah siasat tentang punca kematian.

Menurut info dari netizen katanya pelakon tersebut sengaja ditolak oleh orang lain ketika berada atas bot.

Sebenarnnye dia bukan terjatuh. Tapi di terjatuh kan oleh individu kaya. Cerita dia mulanya di dipelawa orang kaya kenamaan. Pada malam tu dia dating tengah laut guna kapal mewah, orang kenamaan tu nak cuba rogol dia.then dia bergelut sampai terjatuh dan dibiarkan ke laut mati lemas kerana takut pompan tu report,..kata pemandu boat. Semua lawyer x nak masuk campur sebab takut dengan orang kenamaan tu. Mayat jumpe selepas 36 jam, pelaku 2 orang lagi lari. 2 orang dah disoal siasat.

Semoga keluarga mangsa tabah hadapi dugaan ini.