Orang awam gempar video lucah ditayang di pusat vaksin Covid-19

Orang awam gempar video lucah ditayang di pusat vaksin Covid-19

ORANG ramai gempar apabila mereka dihidangkan video lucah dikaca televisyen ketika sedang menunggu giliran di pusat vaksin Covid-19.

Bagaimanapun video yang tular di media sosial itu tidak berlaku di Malaysia, sebaliknya ia berlaku di pusat pemberian vaksin Covid-19, di Bandar San Jose, Costa Rica, Isnin lalu, lapor Daily Star.

Televisyen itu secara tiba-tiba menyiarkan filem berkenaan, di mana sebelum itu menayangkan khidmat awam di kemudahan perubatan.

Keadaan itu menggemparkan orang ramai, sementara petugas kesihatan cuba untuk mematikan televisyen yang kelihatan bersambung dengan komputer.

Petugas bagaimanapun berjaya mematikan televisyen tersebut dengan mencabut ‘plug’ dan memohon maaf kepada orang awam di atas kesulitan yang terjadi.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada insiden berkenaan berlaku secara tidak sengaja atau angkara gurauan (prank).

Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu yang memainkan video tersebut.

Sumber: Daily Star