“Ok saya akan sayang dia..” – View Chin & Mira dah berkahwin?

“Ok saya akan sayang dia..” – View Chin & Mira dah berkahwin?

 

Ada yang masih ingat lagi dengan nama pasangan pempengaruh kontroversi, View Chin dan pekerjanya Mira. Lama betul menyepi…

Baru-baru ini, pasangan kontroversi berkenaan sekali lagi mencetus tanda tanya dalam kalangan warganet apabila didakwa sudah berkahwin. Alamak, betul ke?

Menerusi perkongsian video di TikTok, rata-rata netizen mendakwa View Chin dan Mira ke China untuk berbulan madu.

@yuyuenlee

#viewchin #miraviewchin #fyp #fypシ #berandatiktok

♬ Remix my humps – Amanda Araújo

Tak pergi honeymoon lah, kami ke sini sebab kerja.

Namun, View Chin telah menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu mereka ke sana atas urusan kerja.

Bukan itu sahaja, netizen turut bertanya sama ada View Chin sudah menukar nama kerana dikatakan sudah berkahwin dengan Mira.

Tak perlu tukar namalah.

Sementara itu, View Chin turut berjanji kepada peminatnya untuk tidak memarahi Mira lagi.

Ok saya akan sayang Mira ketat-ketat.

Sebelum ini, pernah tular video live jualan View Chin yang seakan-akan mahu Mira mempercepatkan proses penjualan tetapi dengan nada yang boleh mebuatkan keadaan kelihatan tegang.