‘Nurse’ didakwa cuai, bayi dua bulan alami pendarahan otak & retak tulang kepala akibat terjatuh

‘Nurse’ didakwa cuai, bayi dua bulan alami pendarahan otak & retak tulang kepala akibat terjatuh

 

Sejak kebelakangan ini, kes tentang kecuaian hospital sering kali kita dapat lihat di media sosial selepas beberapa individu mendedahkannya.

Terbaru, bayi berusia dua bulan difahamkan mengalami pendarahan otak serta retak tulang kepala dibelah kiri dipercayai atas kecuaian seorang jururawat di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor.

Pendedahan itu dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok dan dia memberitahu bayi tersebut terjatuh sewaktu dimasukkan di hospital itu.

@azie864

16hb7.11.30pm ibu di kejutkan oleh pehak hospital memberi thu bby ibu terjatuh oleh nurse yg x bertanggungjawab telah terjatuh kn bby ibu yg masih kecil yg xckup blun😭.. Skrg bby ibu ada perdarahan di bahagian otak, retak tulang kepale belah kire, ya Allah luluh ati ibu dn papa dgr berita itu, ya Allah aku redha dugaan dn hujian yg ko beri pd kami, dgn segera nye aku lki bini membuat report polis, atas kecederaan pd bby kami, smoga Allah permudahkan segala nye demi ank ibu yg baru nk membesar, ibu tgu kepulangan ank ibu selame 2bln 10hri di wad hri2 ibu doa supaya ank ibu cpt sht dn membesar dgn sht nye, tpi oleh nurse yg cuai buat keje terlah jatuh kn cmtu je ank ibu, dh di jatuh kn tpi xnk mucul kan diri tuk ber jmpe ibu dn papa. Ati ibu xblh time perbuatan dia,, smoga Allah yg tentukan segalanya ibu xsgup kehilangan ank ibu.. 😭😭😢😢

♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Difahamkan dari ruangan kapsyen wanita yang juga merupakan ibu kepada bayi terbabit, anaknya dilahirkan tidak cukup bulan dan terpaksa ditahankan di wad tetapi selepas dua bulan berada dalam jagaan hospital, hancur hati seorang ibu apabila mengetahui keadaan anak yang semakin teruk.

Pihak hospital memberitahu baby ibu yang masih kecil dan tak cukup bulan telah terjatuhkan oleh jururawat yang tak bertanggungjawab.

Susulan berlaku kejadian seperti itu terhadap anaknya, wanita tersebut serta suaminya membuat laporan polis bagi menuntut bela atas kecederaan yang menimpa cahaya mata mereka.

Membuatkan situasi tersebut lagi keruh kerana pihak hospital enggan bertanggungjawab dan seolah-olah tidak peduli dengan keadaan anak kecil tersebut.

Info terkini mengenai kes ini, menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, pihak kementerian sedang mengemas kini data bagi memastikan ada tindakan lanjut diambil untuk pihak hospital serta jururawat itu.