NST tarik balik berita 18 MP tidak hantar SD kepada Istana Negara

NST tarik balik berita 18 MP tidak hantar SD kepada Istana Negara

 

Sekurang-kurangnya 18 ahli Dewan Rakyat tidak menghantar akuan berkanun (SD) mereka selepas masa untuk berbuat demikian tamat jam 4 tadi, lapor NST.

Walaupun bagaimanapun berita ini ditarik balik oleh NST dan dilaporkan bahawa 18 mereka telah menghantarnya di minit-minit akhir.

Menurut berita awalnya,  sumber yang rapat dengan Istana Negara memberitahu NST, sejumlah MP yang dikaitkan dengan sebuah ‘gabungan’ belum lagi menghantar SD mereka kepada Agong.

“Mereka tidak menghantar SD kerana mereka kata akan mengikuti segala apa yang diputuskan oleh Agong. Jadi mereka simpan kad mereka di dalam hati sahaja,” kata sumber, lapor NST.

Sebelum ini, Astro Awani melaporkan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan pemilihan Perdana Menteri ke-9.

Kata Pengerusinya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kuasa itu diserahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Saya serah kepada kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” jawabnya ringkas.

Ekoran itu, Malaysia Dateline sebelum ini melaporkan, gabungan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional (BN) yang mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri boleh kehilangan 18 undi yang sepatutnya menyokong mereka.

Sumber: Malaysiadateline