Novel grafik Amerika Syarikat yang dilukis artis dari Ipoh, Gun Honey bakal diadaptasi ke siri TV
Sebuah novel grafik Amerika Syarikat, Gun Honey bakal diadaptasikan kepada siri tv dan producer dari Malaysia akan diberi kepercayaan untuk menghasilkan siri ini.
Novel 4 bahagian tersebut merupakan hasil tulisan penulis terkemuka Charles Ardai dan grafiknya dilukis oleh seorang pelukis berasal dari Ipoh, Ang Hor Kheng.
Studio produksi Piller/Segan dalam perancangan untuk menghasilkan siri ini dan studio yang berpengkalan di Malaysia, Double Vision akan turut serta dalam projek notel grafik ini.
Sedikit tentang novel grafik ini. Gun Honey mengisahkan Joanna Tan, wanita Singapura yang mahir dalam membekalkan senjata kepada clients untuk apa sahaja situasi.
Namun, kemahiran beliau itu makan diri apabila senjata yang dibekalkannya digunakan untuk membebaskan penjenayah berprofil tinggi. Kini, beliau perlu menjejak kembali penjenayah tersebut bukan sahaja untuk menangkapnya tetapi untuk mengetahui kisah silamnya.
“Mencari sebuah karya femme fatale bukannya mudah tetapi Charles berjaya menghasilkan sebuah jalan cerita yang hebat untuk Joanna dalam Gun Honey. Sebagai seorang rakyat Malaysia, ia adalah peluang yang hebat untuk menjayakan watak yang berasal dari Asia Tenggara untuk pentas antarabangsa.
“Dan bekerja pula dengan Charles dan rakan niaga kami di Piller/Segan menambahkan lagi keterujaan kami,” kata wakil daripada pihak Double Vision, Min Lim.
Isu pertama Gun Honey akan berada di pasaran duni pada 15 September depan di bawah naungan Titan Comics dan isu seterusnya akan keluar setiap sebulan.
Sumber: Vocket