Norreen Iman dituduh ‘scam’ duit review sejak tahun 2018?

Norreen Iman dituduh ‘scam’ duit review sejak tahun 2018?

 

Tiada angin tiada ribut, nama personaliti media sosial Norreen Iman menjadi bualan ramai apabila didakwa tidak melangsaikan tugas dan amanah seperti mana dijanjikan.

Menerusi pendedahan di laman Twitter, seorang pengguna mendakwa Norreen menerima bayaran sebanyak RM80 untuk membuat review. Bagaimanapun, Norreen dikatakan tidak berbuat sedemikian.

“Pernah bayar RM80 pada Norreen, tapi dia tak review sampai kesudah,” dedah pengguna tersebut.

Difahamkan, individu berkenaan membalas ciapan seorang pengguna meluahkan kekecewaan dengan segelintir personaliti media sosial  apabila mereka tidak membuat review walaupun sudah dibayar.

Kalau betul terlupa, pulang balik duit tu

Pendedahan itu mendapat pelbagai reaksi di mana ada netizen tidak percaya Norreen sanggup bertindak sedemikian. Netizen juga berharap agar Norreen memulangkan semula wang yang dibayar oleh individu berkenaan memandangkan dia tidak membuat sebarang review seperti dijanjikan.

Lama gila pendam dari 2018

Netizen juga terkejut apabila mendapat tahu Norreen sudah lama berbuat sedemikian selain mengaitkan dengan kekayaan dimiliki.

Buruknya perangai

Tidak kurang juga ada yang berpendapat tindakan Norreen mengabaikan tugas review barang klien adalah sangat tidak bagus selain cara balas juga tidak beradab.

Yang RM80 dah marah, aku review kat RM550 rasa bengang..

Padanlah kena tipu masa pergi Thailand

Selain itu, ada juga meluahkan rasa tidak pelik sekiranya Norreen kena ‘scam’ sewaktu bercuti di Thailand tempoh lalu memandangkan dia juga pernah menipu seseorang bagi kelangsungan hidup.

Terdahulu, pemilik nama Norreen Iman Abdullah mengundang kekecohan apabila secara tidak sengaja termakan perut babi ketika bercuti di London.