Nilai Bitcoin kembali melonjak, dilapor cecah lebih RM239,000

Nilai Bitcoin kembali melonjak, dilapor cecah lebih RM239,000

 

Nilai Bitcoin dilaporkan melonjak semula melebihi USD50,00 (RM239,000) pada Selasa, buat kali pertama sejak 2021 lalu.

Memetik AFP, peningkatan itu berlaku selepas pelabur optimis bahawa kelulusan diberikan Amerika Syarikat untuk dagangan yang lebih luas dalam unit itu akan meningkatkan permintaan.

Difahamkan, mata wang kripto telah menikmati aliran kukuh dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Nilai matawang kripto itu dilapor melonjak kira-kira 25 peratus sejak 22 Januari lalu.

Memetik data Bloomberg, prestasi itu menyaksikan kadar dagangan meningkat dan mencecah AS$ 50,328.

Catatan itu merupakan rekod paras tertinggi yang dicapai sejak 2021 dan pemerhati optimis dengan perkara itu.

Peningkatan itu didorong oleh jangkaan bahawa penggubal undang-undang AS yang akan membenarkan penciptaan dana dagagan bursa (ETF).

ETF dilapor membolehkan orang awam menjejaki harga dan melabur dalam kripto tanpa membeli secara langsung.

Terdahulu, Bitcoin pernah mencatatkan rekod tertinggi mencecah AS$69,000 pada 2020.

Bagaimanapun, nilai mata wang kripto berkenaan menunjukkan trend kejatuhan dan kekal di bawah paras tertingginya sehingga ke hari ini.

Namun, rekod yang dicatatkan pada Selasa memberi isyarat pemulihan selepas beberapa siri skandal berprofil tinggi yang menggegarkan industi kripto.

Sebelum ini, FTX, bursa kripto kedua terbesar di dunia telah mengalami kejatuhan mendadak pada tahun lalu.

Kejatuhan itu berlaku selepas pengasasnya Sam Bankman-Fried berdepan hukuman penjara sehingga 110 tahun.

Beliau didakwa oleh pihak pendakwa terlibat dalam skandal salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika.

Seterusnya pada bulan November lalu, Changpeng “CZ” Zhao telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Binance, salah sebuah bursa kripto terbesar dunia.

Peletakan jawatan itu dibuat selepas dia dan syarikat itu mengaku bersalah terhadap pelanggaran pengubahan wang haram.

Sebagai tambahan, Bitcoin dicipta atau “dilombong” sebagai ganjaran apabila komputer berkuasa menyelesaikan masalah yang rumit.

Namun begitu, jumlah Bitcoin adalah terhad dan setiap empat tahun, ganjaran dikurangkan separuh.

Pusingan seterusnya dilapor akan berlaku pada Mei depan.