‘Nik sayang warga emas’ meninggal dunia, kisahnya pernah tular kerana nikahi lelaki usia 70 tahun

‘Nik sayang warga emas’ meninggal dunia, kisahnya pernah tular kerana nikahi lelaki usia 70 tahun

 

Seorang wanita dikenali Nik ‘sayang warga emas’ yang sebelum ini pernah tular kerana berkahwin dengan lelaki berusia lingkungan 70 tahun dilaporkan telah meninggal dunia.

Perkara itu disahkan dan dimaklumkan oleh kakaknya, Fatimatul Syuhada menerusi platform Instagram, semalam.

Nik sayang warga emas

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Fatimatul Syuhada juga meminta agar mana-mana individu untuk tampil berjumpa dengannya jika adiknya, Nik sayang warga emas ada berhutang ketika hayatnya.

Nik sayang warga emas

Dalam hantaran berikutnya, dia juga meluahkan rasa syukur kerana urusan memandikan jenazah adiknya dipermudahkan.

Mewakili ahli keluarga, dia juga berterima kasih kepada orang ramai atas kiriman doa buat adiknya yang telah pergi pada bulan Ramadan.

“Alhamdulillah, selesai mandikan arwah. Pertama kali mandikan jenazah, Allah permudahkan urusan. Bersih sahaja. Alhamdulillah.

“Terima kasih semua doakan arwah Nik,” tulisnya pada hantaran Instagram Story.

Kongsi Fatimatul Syuhada, dia juga akan ingat ayat yang sering dikatakan oleh adiknya sepanjang hayat.

“Semoga dia berada dalam golongan orang beriman. Dari kecil sampai sebelum meninggal asyik dianiaya. semoga yang sakitkan dia dapat balasan. Maafkan kakak.

“Dosa ke lahir lain daripada orang? Salah ke jadi oku? Ayat tu sampai mati aku akan ingat. Berhenti lah buli! Berhenti jadi jahat. Tolong jangan sampai rasa benda aku rasa,” ujarnya.

Sebelum ini, wanita berusia 21 tahun tular selepas berkongsi memori pernikahan buat kali kedua bersama seorang lelaki berusia 70 tahun.

Malah, dia juga pernah menyatakan dia mendirikan rumah tangga buat kali pertama ketika berusia 18 tahun. Namun, hubungan mereka tidak kekal lama kerana suami pertama meninggal dunia kerana sakit dada.

Ujarnya, apa yang membuatkan diri bahagia adalah suaminya memiliki kereta dan rumah sendiri, selain menganggap usia bukanlah penghalang untuk terus gembira.