Nik Amar jawab isu jalan raya, “Contoh kalau kita besarkan jalan pun, guna setahun sekali tiada makna juga”

Nik Amar jawab isu jalan raya, “Contoh kalau kita besarkan jalan pun, guna setahun sekali tiada makna juga”

 

Viral di media sosial video berdurasi 0:19 saat memaparkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjawab persoalan mengenai isu jalan raya di Kelantan.

Selain masalah air, orang ramai turut berdepan kesesakan lalu lintas yang luar biasa setiap kali tiba musim perayaan. Ini berikutan ramai anak perantau pulang ke kampung halaman masing-masing.

Dalam video tular yang dimuat naik semula oleh Kelantan State, Mohd Amar berpandangan masalah ini perlu dihadapi lagi pula ianya setahun sekali sahaja. Lebih menimbulkan perdebatan apabila beliau menyatakan tiada makna besarkan jalan kerana ianya digunakan setahun sekali.

Setakat ini perkongsian telah mendapat lebih 600 shares dan 900 komen. Pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen selepas mendengar kenyataan itu.

Apa pendapat korang pula? Betul ke perantau pulang ke kampung setahun sekali je?