Niat nak ‘surprise’ isteri, suami kantoi kirim hadiah untuk ‘skandal’ juga
Kebelakangan ini, berita tentang perselingkuhan dalam alam rumah tangga semakin menjadi-jadi. Setiap hari, pasti ada sahaja cerita tentang kecurangan suami atau isteri sehingga menyebabkan keretakan hubungan yang dibina.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok bernama dikenali sebagai Nurul Sakinah bercerita tentang pengalamannya dicurangi suami menerusi sebuah video.
Dalam video berkenaan, wanita itu mendedahkan dia menerima panggilan daripada seorang ‘runner’ yang memaklumkan dia bakal menerima kejutan daripada suaminya.
Pendedahan oleh seorang ‘runner’
Bagaimanapun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila ‘runner’ itu turut memberitahu ada menghantar satu lagi tempahan kepada seseorang bernama ‘Aida Farhani’.
Bahkan, pihaknya telah menghubungi suaminya namun lelaki berkenaan tidak dapat dijejaki langsung.
Siapa sangka, rupa-rupanya kejutan kedua itu ditujukan khas buat skandal suaminya. Selepas rahsia terbongkar, Nurul yang diselubungi perasaan geram terus membuag hadiah istimewanya ke dalam tong sampah.
@lavela93 Bodoh kau tu simpan sikit🖕🏻🖕🏻bila allah tu nak tunjuk sekejap je😊#fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #malaysiatiktok #tiktokindonesia #foyroupage
Seller bijak, tak nak bersubahat
Meninjau ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa geram terhadap lelaki curang terbabit. Selain itu, mereka turut memuji tindakan ‘runner’ yang tidak mahu bersubahat menipu isteri.
Bini cantik pun masih cari orang lain
Sebiji macam dalam drama
Good job seller, semoga murah rezeki
Sedihnya tengok anak kecil lagi
Respect seller
Dalam pada itu, Nurul menganggap kejadian tersebut merupakan satu petunjuk dari Allah untuk mendedahkan perbuatan suami di belakangnya.
Sumber: OMM, TikTok @lavela93