Netizen terkejut Toyota Alphard jadi ‘kereta mayat’ sahaja di China

Netizen terkejut Toyota Alphard jadi ‘kereta mayat’ sahaja di China

 

Umum semua mengetahui bahawa model Toyota Alphard merupakan satu simbol atau status ‘kebanggaan’ sesetengah individu di Malaysia. Boleh dikatakan sesiapa yang memandu atau menaiki MPV ini boleh mendapat ‘layanan istimewa’ di mana-mana sahaja.

Tetapi berbeza pula di China apabila MPV ini digunakan sebagai ‘kereta mayat’ oleh penduduk setempat walaupun model Toyota Alphard cukup sinonim sebagai sebuah kenderaan VIP.

超酷靈車…..#Toyota#toyotaalphard #圖片Line網友分享#需要標註名稱請私訊告知

Posted by Andy老爹 on Saturday, May 1, 2021

 

Mengikut hasil carian The Vocket, gambar ini mula tular pada hari Sabtu lalu setelah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dari negara China. Ramai netizen memberikan reaksi terkejut melihat ‘kemewahan’ kereta mayat ini.

Dari beberapa keping gambar yang dikongsikan, kita dapat lihat saiz kereta Toyota Alphard ini telah dipanjangkan, mempunyai dua baris tempat duduk eksklusif (memuatkan empat orang penumpang) dan satu ruangan panjang yang memuatkan sebuah keranda.

 

【当社展示場に洋型霊柩車が勢ぞろい!】弊社で取り扱う洋型霊柩車が一同に会しました。孤高の存在感を放つセンチュリーをはじめ、人気のクラウンベースの霊柩車、最新のベンツE200など、ここまで洋型霊柩車が揃うとスタッフからも感嘆の声があがりました。#霊柩車製造 #霊柩車販売 #中古霊柩車 #TRG #洋型霊柩車

Posted by ティ・アール・ジィ株式会社 on Thursday, March 11, 2021

vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-7

SUMBER GAMBAR: CREATIVE311

vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-8

SUMBER GAMBAR: CREATIVE311

vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-6

SUMBER GAMBAR: CREATIVE311

Kereta mayat mewah ini bukan saja ada di negara China, bahkan terdapat sebuah syarikat modifikasi kenderaan dari Jepun yang menghasilkan MPV seperti ini.

T.R.G merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam mengubah pelbagai jenis MPV menjadi sebuah limosin dan juga kereta mayat.

vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-9

SUMBER GAMBAR: CREATIVE311

vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-10

SUMBER GAMBAR: CREATIVE311

vocket-toyota-alphard-kereta-mayat-11

SUMBER GAMBAR: CREATIVE311

Menurut portal Creative311.com, Toyota Alphard ini dikenali sebagai ‘Michibiki Series Emu’ dan mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama seperti kereta mayat mewah yang digunakan di China.

Ramai netizen Malaysia yang seakan-akan tidak percaya apabila melihat kereta MPV mewah daripada Toyata ini digunakan sebagai kereta mayat sahaja di luar negara.

 

 

Menurut syarikat T.R.G, mereka telah beroperasi sejak tahun 1965 bagi memenuhi kehendak pelanggan dengan menyediakan kereta mayat mewah yang berkualiti menggunakan teknologi terkini.

Nampaknya MPV keluaran Toyota yang menjadi simbol atau status ‘kebanggaan’ sebahagian orang Malaysia hanyalah sebuah kereta untuk membawa mayat di negara-negara lain.

Sumber: Vocket