Netizen terkejut tengok penampilan terbaru Man Raja Lawak, “Dulu Man Boyot kini Man Sado”

Netizen terkejut tengok penampilan terbaru Man Raja Lawak, “Dulu Man Boyot kini Man Sado”

 

Pelawak Man Raja Lawak memberitahu dia tidak pernah melakukan pembedahan untuk menurunkan berat badan.

Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kassim, 47, berkata dia lebih selesa melakukan senaman dan mengawal pemakanan berbanding membuat pembedahan.

“Dalam satu hari saya akan mengambil kira-kira sejam atau dua jam untuk berjalan pada waktu pagi dan petang.

“Selain bersenam saya juga mengambil produk kesihatan untuk mengawal selera makan sahaja.

“Bagi saya untuk menurunkan berat badan bukannya perkara yang mudah dan cara saya menurunkan berat badan adalah secara asli bukan membuat pembedahan.

“Ada juga segelintir netizen mendakwa saya menghidap kencing manis namun perkara itu adalah tidak benar kerana saya menurunkan berat badan atas faktor menjaga kesihatan serta penampilan diri,” katanya.

Mengulas lanjut, Man berkata kunci untuk menurunkan berat badan baginya adalah paling utama iaitu sabar.

“Kita perlu ada semangat dan kesabaran yang tinggi dalam menurunkan berat badan.

“Sekarang, saya lebih yakin dalam pemilihan pakaian kerana ia memberikan semangat kepada saya apabila melihat orang lain yang memakainya kelihatan cantik dan kini saya juga merasakan kecantikan itu dalam diri saya sendiri.

“Antara daripada perubahan diri yang ketara misalnya lengan dan kecil, sekarang saya juga rasa seronok sudah boleh pakai baju saiz S dan M dan seluar pun bersaiz 29,” kata Man.

Disebabkan berjalan kira-kira sejam ke dua jam sehari Man mampu menurunkan berat badan dari 95 kilogram (kg) pada Julai kepada 67kg sekitar Oktober lalu.