Netizen terkedu, bengang lelaki ini mahu rasa bagaimana sakit dijangkiti Covid-19?

Netizen terkedu, bengang lelaki ini mahu rasa bagaimana sakit dijangkiti Covid-19?

 

Tular sebuah video pengguna TikTok yang dikenali sebagai Abdullah Jamadi membuat eksperimentasi berkaitan dengan Covid-19.

Video tersebut kemudiannya menjadi viral di Twitter, dan rata-rata warganet meluahkan rasa marah dan terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengguna TikTok tersebut.

@abdullahjamadi

” Abang ni antivaks ke?? ” jadi.. inilah jawapan saya. Kalau tak setuju, boleh komen..

♬ Sucide Humming – Nasheed

 

Eksperimentasi Covid-19

Dipetik dari video yang dimuatnaik pengguna TikTok ini, menyatakan bahawa dirinya ingin membuat pemerhatian Covid-19 dengan tidak mengambil vaksin dan membandingkan dengan ahli keluarganya yang telah mengambil vaksin.

“Cuma saya nak buat pemerhatian kepada diri saya sendiri. Sekiranya kalau saya terkena Covid, jadi saya boleh rasa macam mana sakit kena Covid.

Dan saya boleh mengaplikasikan rawatan alternatif kepada diri saya sendiri. Sekiranya kalau keluarga saya terkena Covid walaupun dah di vaksin, saya nak tengok kebarangkalian jangkitan terhadap diri saya sekiranya saya tidak di vaksin.

Sebab apa kita lihat sekarang, semakin ramai orang di vaksin semakin tinggi kes dan semakin ramai orang yang mati.” Ucapnya

Netizen Terkedu Dengan ‘Kebodohan’ Luar Biasa Pengguna TikTok

Mendengar kata-kata yang diucapkan oleh pengguna TikTok tersebut membuatkan ramai warganet berasa terkedu dengan ‘kebodohan’ gaya pemikiran pengguna media sosial tersebut.

Dan ramai juga yang meluahkan rasa marah terhadap pengguna TikTok tersebut, kerana sanggup bermain dengan nyawa dan ahli keluarga sendiri.

Foto – Twitter

“Harap-harap petugas barisan hadapan semua ingat siap-siap muka dia ni, kalau dia muncul dekat hospital sebab kena Covid. Mohon campak dia terus dalam kontena.” Ciap pengguna pertama

“Saya sayang keluarga saya, tapi saya nak buat pemerhatian ke atas diri saya. sekiranya saya kena Covid, saya boleh rasa sakit Covid. THE NEXT LEVEL OF STUPIDITY YA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN.” Ciap pengguna kedua

Ramai pengguna di Twitter memberi pandangan negatif terhadap eksperimen yang cuba dilakukan oleh pengguna TikTok tersebut.

Foto – Twitter

“Gila. Bekas Covid semua pun trauma, dah tak nak kena lagi. Dia boleh senang-senang nak rasa, buat pemerhatian bagai. Moga diterangkan hati abang ni.” Ciap pengguna ketiga

“Bacalah data, kenapa kes naik walaupun dah ramai vaksin. Individu divaksin masih boleh kena Covid cuma kadar jangkitan rendah. Tengoklah, peratusan yang dah divaksin yang kena Covid tak tinggi pun.

Saya tak tahu kenapa, saya terangkan ini. Patutnya biar jelah manusia begini bela kebodohan dia.” Ciap pengguna keempat

Malah aktor Tony Eusoff dan pengikut Twitternya juga meluahkan rasa marah dan merasakan eksperimen yang dilakukan pengguna TikTok tersebut mengarut.

Foto – Twitter

“Dan mereka terus membiak.” Ciap Tony

“Paling mengarut dia cakap ‘Sekarang makin ramai vaksin, makin tinggi kes, makin ramai mati.” Ciap pengguna pertama

“Tuhan. Sungguh bodoh.” Ciap pengguna kedua

“Yeah seperti ada kaitan dengan keduanya. Susahnya nak jelaskan dekat orang dungu seperti ini. Dan yeap, saya kasihankan anak dia.” Ciap pengguna ketiga

Sumber: Murai