Netizen tanya kenapa suami sering berpeluh, Intan Najwa terus jawab – “Jangan tanya soalan..”

Netizen tanya kenapa suami sering berpeluh, Intan Najwa terus jawab – “Jangan tanya soalan..”

Pelakon Intan Najuwa baru-baru ini dilihat ada menyambut hari kelahiran suami tercinta, Datuk Ahmad Asraf Azman di sebuah restoran terkenal.

Bukan kemeriahan majlis yang difokus sebaliknya netizen mempersoalkan kenapa suami Intan sering dilihat berpeluh.

Apasal (kenapa) lelaki dia selalu berpeluh?

Menjawab pertanyaan individu yang dikenali sebagai Lana itu, aktres berumur 26 tahun mengakui suaminya kuat berpeluh.

Dia memang jenis cepat berpeluh dan ada ja orang jenis cepat berpeluh. Terutama bila di tempat panas.

Di samping itu, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid turut menyindir pertanyaan itu yang dianggap tidak cerdik.

Jangan tanya soalan macam orang tak sekolah. Penat nak jawab.

Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Asraf Azman yang juga seorang usahawan pada 18 Ogos lalu.

@intannajuwaaa

Husband birthday brunch! 💘

♬ dilemma – ☆