Netizen sindir wanita dukung anak main flying fox, “Nyawa ada jual…”

Netizen sindir wanita dukung anak main flying fox, “Nyawa ada jual…”

 

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu muat naik dibuat oleh Twitter @My_CrimeWatch memperlihatkan satu video seorang wanita melakukan aktiviti ekstrim flying fox dengan membawa anak kecil.

Bawa anak naik flying fox

Lebih membuatkan netizen di media sosial geleng kepala adalah tindakannya tidak memakaikan sebarang peralatan keselamatan buat kanak-kanak tersebut seperti helmet dan hanya memakai satu tali sahaja.

Lasak mana pun ingatlah orang lain

Dalam rakaman berdurasi satu minit dua belas saat itu, wanita berkenaan dilihat memegang tali disebelah tangan dan sebelah lagi menampung anak kecil.

Walaupun kanak-kanak tersebut memakai tali keselamatan namun perbuatan itu tetap dikecam netizen kerana sangat membahayakan keselamatan andai berlaku kesilapan.

Nyawa ada jual dekat shopee kot

Ada safety tapi dia kan kecil lagi

Mak ayah tak ada otak ke?

Orang tempatan pun tak berani cuba

Penganjur beri penjelasan

Walau bagaimanapun, menerusi Instagram penganjur, mereka telah menjelaskan situasi sebenar dan merasakan aktiviti tersebut biasa sahaja dilakukan serta segala ciri keselamatan telah diterapkan kepada pengunjung.

Aktiviti dengan membawa anak kecil itu juga telah mendapat respon  yang pelbagai daripada pencinta sukan ekstrim yang lain dan ada  diantara mereka pernah melakukan hal sama seperti video yang tular berkenaan.

Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera. Jika rasa ia membahayakan anak-anak dan boleh mengundang komen negatif daripada orang ramai, lebih elok rasanya ia tidak dilakukan ataupun dikongsikan kepada umum.