Netizen puji tindakan masjid ini tawar elaun RM6,000 sebulan Ramadan untuk imam tarawih

Netizen puji tindakan masjid ini tawar elaun RM6,000 sebulan Ramadan untuk imam tarawih

 

Tidak lama lagi, bulan Ramadan bakal menemui kita dan pastinya sekarang ini ada yang dah mula membuat persiapan terutamanya pihak pengurusan masjid dan surau seluruh negara bagi menyediakan kemudahan serta keselesaan pada jemaah yang bakal mengimarahkan surau dan masjid untuk mengerjakan solat sunat tarawih.

Susulan itu, tidak hairanlah sekiranya pihak pengurusan ini akan mencari calon imam ‘profesional’ bagi membimbing solat sunat tarawih.

Sebagai contoh, hantaran dari sebuah masjid di Kuala Krai, Kelantan melalui Facebook telah menjadi sebutan ramai apabila menawarkan elaun yang lumayan sebagai imam solat tarawih sempena bulan Ramadan akan datang.

Image 2024 02 23 110827562

Menerusi hantaran di laman sosial berkenaan, pihak pengurusan Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Bandar Kuala Krai sedang mencari seorang individu yang mampu mengimamkan solat tarawih selama sebulan dengan elaun yang ditawarkan sebanyak RM6,000.

Screenshot 2024 02 23 110809

Selain itu, pihak masjid membuka peluang untuk mereka yang berhajat untuk menghantar resume kepada pihak masjid sebelum 24 Februari, namun keutamaan akan diberikan kepada mereka yang bermukim di jajahan Kuala Krai.

Facebook

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji pengurusan masjid tersebut selain berharap ianya menjadi  benchmark  kepada pengurusan masjid yang lain selain menganggap ianya merupakan rezeki buat imam yang bakal dipilih.