Dakwa ‘Bukit Mak’ beri maksud negatif, netizen kecam lagu Namewee & Harith Iskander

Dakwa ‘Bukit Mak’ beri maksud negatif, netizen kecam lagu Namewee & Harith Iskander

 

Netizen Malaysia daripada pelbagai bangsa ternyata mengecam lagu terbaru Namewee dengan penampilan khas Harith Iskander.

Kerana menurut mereka lagu tersebut tidak bermanfaat dan double meaning. Ada juga yang berpendapat lagu ini boleh merosakkan pemikiran generasi muda yang akan mendengarnya di platform media sosial terutama sekali TikTok.

Namewee memuat lagu tersebut di Facebook rasminya. Dan jelas rata rata netizen membantainya di ruangan komen.

Seorang netizen berkata: “Please pihak berwajib buat sesuatu, ban terus lagu ni kalau boleh haramkan band ni dari industri musik Malaysia.

“Walaupun memang ada nama tempat dekat Kelantan “bukit mak” tapi bila aku dengar full song dorang, dia memang nak gunakan perkataan “pu**mak” pada sesetengah lirik dia tapi melalui kiasan “bukit mak”.

“Sebab lagu lagu macam ni senang viral, bila dah femes orang akan guna untuk VTT sebab lagu trending. Takut bila budak budak dengar nanti. Tengok macam lagu alamak raya, macam mana dia meletup sebab lagu trend, budak-budak siap hafal lagi.

“Bukit mak” sebut laju2 akan jadi “pu***ak*, dan ada maksud lain kalau disalah guna, lagi lagi untuk mencarut. Takut nanti perkataan ni dah jadi normalisasi untuk didengar dan digunakan nanti.

“Diorang yang cipta dan nyanyi ni bukan guna otak sangat pun, selalu buat lawak bodoh pun tak kelakar, nyanyi lagu pun macam lawak dia. Tolong lah buat sesuatu.”

Kemudian yang lain pula menganggap lirik seperti sampah dan ‘bengong’.

Kerana menurut mereka jelas sekali lagu tersebut ada niat lain untuk mereka sampaikan.

Netizen seterusnya berkata: “Melihat ibu dan anak sekalian yang berada di sana,rasa sedih! Jangan cakap mereka yang nyanyi, satu bangsa kita dah jatuh hingga tahap ini.. sepatutnya ada orang halang mereka terus di sana.”

Yang lain menambah: “Saya tahu kamu cuba menyatupadukan rakyat Malaysia dengan lagu kamu namun jangan pula sampai ianya menjadi sebab rakyat Malaysia bersatu padu menentang kamu.”

Ikhsan berpendapat, Namewee patut membuat lagu bukan semata mata mengejar populariti. Namun kena ada tanggungjawab sosial dalam diri memikirkan bahawa kanak kanak turut mendengar lagu ini.

Di sebalik kritikan yang diterima oleh Namewee, ramai juga yang menyokongnya dan mempertahankan lagunya itu. Kerana menurut mereka memang ada nama tempat nama Bukit Mak.